Sunday, January 13, 2008

berlalunya 1428H

بسم الله الرحمن الرحيم

Berlalunya 1428 hijrah.

Petang yang sungguh sayu ini…
Tatkala langit biru menitiskan kesedihannya…
Tatkala angin petang yang bertiup lemah tak bermaya…
Tatkala pohon-pohon kaku tak bernyawa…
Tatkala bumi melapangkan dadanya…

Aku duduk dijendela mengamatinya…
Hatiku merasa sungguh hiba…
Sedih umpama langit biru itu…
Lemah tak bemaya umpama angin petang…
Kaku umpama pohon-pohon menghijau…

Kenapa diriku jadi begini?

Kerana jiwaku sedih merindui-MU…
Kerana diriku banyak berbuat dosa kepda-MU…
Kerana diriku sentiasa ingkar perintah-MU…
Kerana diriku tidak layak ke Syurga-MU…
Namun, diriku tidak pula sanggup menuju Neraka-MU

Daku bermohon...
Agar diKau merahmatiku…
Agar diKau sentiasa bersamaku…
Agar diKau meredhaiku…
Agar diKau memaafkan segala kesalahanku…

Daku hamba-MU yang jahil, hina, dan dina…
Hanya pada-MU tempat ku mengadu…
Tempat ku bermohon…
Tempat ku meminta…
Segala kebaikan duniawi dan ukhrawi…

1428H yang lalu…
Banyak dosa yang ku lakukan…
Ampunkanlah daku Ya ALLAH…

1429h yang bakal tiba…
Jauhkanlah daku daripada kemaksiatan…
Jadikanlah daku orang-orang yang kuat imannya…insyaALLAH…
Abu,1428H,0700pm.UPM.

No comments: