Thursday, January 24, 2008

Sunday, January 13, 2008

saudara...

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
Maka di atas tulangku yang luluh hancur,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya,

Saudara,
Kematianku adalah satu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurgaNya bangga menerimaku,
Burung-burungNya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi,

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disirami fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana, fajar sedang memancar...

Sajak yang ditulis Syed Qutb sebelum ke tali gantung

begitu lama terasa.

Begitu lama terasa
Sejarah 1187 Masihi belum biasa berulang
Saat bumi suci warisan para anbiya’ itu dibebaskan
Pahlawan Islam terbilang Salahuddin al-Ayyubi
Yang namanya kini tidak lagi dihati
Jauh daripada menjadi idola generasi Muslim hari ini

Kepentingan al-Aqsa sendiri kian terpinggir
Tiada rasa kepunyaan dan tanggungjawab
Di hati muslim yang cemar dengan penyalit hati
Buta sejarah dan mementingkan diri
Seolah redha dengan perkosaan dan kezaliman Yahudi Laknatullah
Hatta gamak mencela dan menghina saudara sendiri
Yang syahid di jalan ILAHI

Saudaraku yang dikasihi
Ingatlah bahawa al-Aqsa adalah tanggungjawab kita
Di bahu kita terpikul amanah ALLAH yang belum tertunai
Sebelum kita memejam mata
Marilah kita kembali peduli
Mudah-mudahan dengan doa dan usaha kita
Sejarah gemilang akan kembali berulang.

Nukilan hati
IBNU FATIMAH
2005

berlalunya 1428H

بسم الله الرحمن الرحيم

Berlalunya 1428 hijrah.

Petang yang sungguh sayu ini…
Tatkala langit biru menitiskan kesedihannya…
Tatkala angin petang yang bertiup lemah tak bermaya…
Tatkala pohon-pohon kaku tak bernyawa…
Tatkala bumi melapangkan dadanya…

Aku duduk dijendela mengamatinya…
Hatiku merasa sungguh hiba…
Sedih umpama langit biru itu…
Lemah tak bemaya umpama angin petang…
Kaku umpama pohon-pohon menghijau…

Kenapa diriku jadi begini?

Kerana jiwaku sedih merindui-MU…
Kerana diriku banyak berbuat dosa kepda-MU…
Kerana diriku sentiasa ingkar perintah-MU…
Kerana diriku tidak layak ke Syurga-MU…
Namun, diriku tidak pula sanggup menuju Neraka-MU

Daku bermohon...
Agar diKau merahmatiku…
Agar diKau sentiasa bersamaku…
Agar diKau meredhaiku…
Agar diKau memaafkan segala kesalahanku…

Daku hamba-MU yang jahil, hina, dan dina…
Hanya pada-MU tempat ku mengadu…
Tempat ku bermohon…
Tempat ku meminta…
Segala kebaikan duniawi dan ukhrawi…

1428H yang lalu…
Banyak dosa yang ku lakukan…
Ampunkanlah daku Ya ALLAH…

1429h yang bakal tiba…
Jauhkanlah daku daripada kemaksiatan…
Jadikanlah daku orang-orang yang kuat imannya…insyaALLAH…
Abu,1428H,0700pm.UPM.

Rasulullah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah

Ya rasulullah…
Aku rindu padamu…
Aku rindu belaian kasihmu….
Aku rindu sabdamu…
Aku rindu sunnahmu… Ya rasulullah…

Ya habiballah…
Alangkah indahnya jika ku dapat bersamamu…
Alangkah indahnya jika ku dapat tatap wajahmu….
Alangkah indahnya jika ku dapat kucup tanganmu…
Alangkah indahnya jika ku dapat memelukmu…

Ya rasulullah…
Walaupun ku tak dapat bersamamu…
Walaupun ku tak dapat tatap wajahmu…
Walaupun ku tak dapat cium tanganmu…
Walaupun ku tak dapat memelukmu…

Namun, ya habiballah…
Kerinduan ku padamu terlalu mendalam…
Rasa kasih dan sayangku padamu menebal di lubuk hatiku…
Dalam benak fikiranku hanyalah nama mu…
Yang sentiasa meniti dibibir manis ku…

Ya rasulullah…
Ku tak layak dambakan cintamu…
Ku tak layak dambakan syafaatmu…
Kerana banyak sunnahmu yang ku tinggalkan…
Kerana banyak dosa yang ku lakukan…

Ya habiballah…
Ku tahu cintamu kepada ummat…
Ku tahu sayangmu kepada kami…
Terimalah kami sebagai ummatmu…
Kurniakanlah syafaatmu Ya rasulullah…

Allahum masalli a’la Muhammad…
Ya rabbi salli a’laihi wasaalim…
Nukilan: abu
05/01/08
0153 hour
Kg cangkat,tamrin kiadi.

desiran air

بسم الله الرحمن الرحيم

دسيران اير...

Ya ALLAH, sungguh besar kuasa- MU…
Air yang mengalir tanpa henti-henti…
membisikkan bunyi yang sungguh indah…
desirannya membuatkan hatiku menjadi tenang…
bagaikan ianya sedang berzikir kepada-MU…

Bila ku pejamkan mata…
kurasakan kehebatan MU YA ALLAH…
menusuk terus ke kalbu ku…
menggeletar seluruh jasad ku…
hatiku menangis YA ALLAH…

YA ALLAH, hatiku menangis…
Kerana imanku tidak sekuat air yang mengalir…
Air yang mengalir tidak pernah berhenti dan putus…
Sebelum ia sampai ke destinasinya…
Namun diriku…yang lemah ini…

Aku yang lemah ini tidak putus-putus…
Melakukan dosa kepada-MU…
Aku tidak kuat YA ALLAH…
Dikau bantulah daku…
agar sampai ke destinasi yang dituju dengan iman yang teguh…

YA ALLAH, jadikan diriku sekuat,sesuci air yang mengalir…
Dengan keimanan, keazaman, semangat jihad di jalan MU YA ALLAH…
Ampunkan segala dosa-dosaku…
Tempatkan daku bersama-sama kekasih-MU…
Insya ALLAH…

Nukilan: abu
1 January 2008
Sungai congkak.

Sunday, December 23, 2007

jika dan ketika itu...

JIKA DAN KETIKA
Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia…
Yakinlah,Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha…

Jika kau fikir hidupmu sedang menunggu sesuatu…
dan waktu terasa berlalu begitu sahaja…
Yakinlah, Allah sedang menunggu bersamamu…

Ketika engkau sudah menangis sekian lama…
Dan hatimu masih terasa pedih…
Yakinlah, Allah sudah menghitung air matamu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Yakinlah, sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika kau berasa sendirian…
dan temanmu tiada masa untuk menghubungimu…
Yakinlah, Allah sentiasa berada disampingmu…

Ketika sesuatu berjalan dengan lancar…
Dan engkau mengucap syukur Alhamdulillah…
Yakinlah, Allah sentiasa merahmatimu…

Oleh itu, ingatlah dan yakinlah…
Jika dan ketika itu Allah sentiasa memerhatikanmu…!!!
Sentiasa lah bersyukur…InsyaALLAH…